Monday, August 15, 2011

11 Themes Vista/7 Untuk Window XP


Anda masih lagi menggunakan window XP?Atau anda dah jemu dengan warna XP?Kalau anda inginkan perubahan pada window x panda,saya ada tema yang mungkin menceriakan window anda.11 themes window vista dan window 7 adalah tema yang sesuai untuk window xp anda.Cara nak install mudah saja.Tetapi sebelum itu,anda perlu ada UXTheme Multipatcher .Sebelum anda menukar tema window,anda perlu patch 3 file penting supaya 11 tema tadi boleh digunakan.Anda cuma buka aplikasi UXTheme Multipatcher dan klik patch.Kemudia anda akan disuruh restart semula komputer anda.Sebelum itu file 11 tema tadi diektrak dahulu.Selepas restart computer,buka file 11 tema tadi dan pilih tema anda suka.Setiap tema anda boleh lihat pada Display.Untuk mencari Display,klik start,pilih Control Panel,tab Control Panel akan terbuka dan pilih Display.

11 tema ini terdiri daripada

  1. AeroBlack
  2. AeroGlass
  3. AeroGold
  4. AeroGreen
  5. AeroPink
  6. AeroSilver
  7. AeroTransparent
  8. AeroUltimate
  9. AeroWood
  10. Basic
  11. Seven
Untuk mendapatkan aplikasi UXTheme Multipatcher,anda boleh dapatkanya di web Softpedia atau taip saja nama aplikasi di Google search atau Yahoo search.

Saturday, August 13, 2011

Asas Penjagaan Komputer


Adakah anda selalu menghadapi masalah komputer yang selalu lambat bergerak ketika online,window selalu freeze atau lambat berfungsi dalam segala kerja yang dilakukan ketika menggunakan komputer anda?Apabila ini berlaku,anda mungkin menyangkakan gangguan pada talian,gangguan dari virus atau threat yang anda tidak ketahui puncanya atau komputer anda sudah berusia .Kebanyakan dari kita apabila berlaku keadaan begini,mereka akan menghantar komputer ke kedai untuk diperiksa dan ini tentunya memerlukan wang yang sepatutnya anda tidak perlu untuk mengeluarkannya.
Sebenarnya anda sendiri boleh membaiki atau memeriksa computer anda untuk mengetahui puncanya.Sebenarnya apabila file-file yang tidak penting atau tidak digunakan lagi,tentunya anda akan masukkan file-file tersebut ke dalam Recycle Bin.Anda akan menyangka file-file tersebut akan terhapus begitu saja.Tahukah anda,file-file yang dibuang ke dalam Recycle Bin tidak terhapus sama sekali.Ianya tetap atau masih berada dalam computer anda iaitu di hard disk.Peranan Recycle Bin hanyalah menghilangkan file-file tersebut dari pandangan mata kasar kita sahaja.Ada 2 cara yang asas untuk menjaga dan memperbaiki kelemahan yang wujud pada komputer anda.2 cara ini adalah wajib bagi anda mengetahuinya untuk mejaga computer anda agar berfungsi dengan cekap,pantas dan berkesan.Selain itu peranan software pembersih registry atau registry cleaner juga boleh membantu.

Cara asas yang pertama: Disk Defragment

Untuk mencari Disk Defragment,anda klik Start,kemudian ke All Programs – Accessories – System Tools – Disk Defragment.Tab Disk Defragment akan muncul.


 

Dalam Disk Defragment ini,anda perhatikan ada 4 kotak kecil yang mewakili setiap warna.Kotak merah iaitu Fragmented Files adalah file-file yang anda buang ke dalam Recycle Bin.Kotak biru adalah file-file yang anda masih gunakan seperti file software yang anda install dalam komputer anda.Kotak hijau adalah file-file yang tidak boleh dibuang atau diubahsuai yang menyebabkan komputer anda terjejas atau berfungsi tidak betul.Kotak putih adalah ruang kosong yang masih terdapat dalam hard disk anda.Untuk memulakan proses ini,klik pada Analyze untuk mengetahui banyak mana file-file yang tidak digunakan berada dalam hard disk anda.File-file yang tidak digunakan mewakili kotak merah.Jika anda dapati warna merah terlalu banyak,maka klik Analyze dan anda akan dibertahu samada perlu atau tidak melakukan defragment.Jika anda ingin melakukanya,klik pada Defragment.Proses defragment akan bermula sehingga anda dibertahu setelah selesai.

Cara asas yang kedua:Local Disk(C)

Pada bahagian ini,anda pergi ke My Computer,pilih local disk(C) dan klik sebelah kanan.Tab local disk akan terbuka dan pilih Properties.Tab Properties akan terbuka dan anda pilih Tools.Tab Tools akan terbuka.Disini anda hanya perlu klik pada Check Now.Ini adalah proses untuk mengesan error pada hard disk anda dam memperbaiki file-file penting dalam hard disk anda.Apabila anda klik Check Now,tab Check Local Disk akan terbuka.Disini anda hanya perlu pilih satu sahaja samada Automatically fix file system errors atau Scan for and attempt recovery of bad sectors.Untuk Automatically fix file systems,ianya akan berlaku apabila anda restart semula komputer anda.Apabila anda tutup komputer anda dan buka semula,skrin biru akan terpapar dan proses fix file systems bermula.Ketika proses ini,jangan lakukan apa-apa,tunggu sehingga selesai dan komputer anda akan restart dengan sendirinya.Untuk proses ke dua iaitu scan,ianya berlaku pada masa itu juga.Ketika dalam proses,jangan lakukan apa-apa sehingga proses selesai.

Wednesday, August 10, 2011

Menghapuskan Anak Panah Bengkok Dari Ikon Desktop

Jika anda perhatikan ikon desktop anda,ada diantaranya mempunyai anak panah bengkok di sebelah kiri bawah pada imej ikon.Terdapat satu cara untuk menghapuskan anak panah bengkok ini.

Disini ialah cara untuk melakukannya.

  1. Klik pada butang Start dan pilih Run.


     

  2. Kotak dialog Run kini dibuka.Taip regedit dalam kotak teks Open.


     

  3. Klik pada butang OK.Tetingkap Registry Editor kini di buka.


     

  4. Klik pada simbol + untuk mengembangkan kekunci HKEY_CLASSES_ROOT


     

  5. Cari kekunci lnkfile pada tetingkap kiri dan pilih ia.Pada tetingkap kanan pilih lsShortcut.


     

  6. Tekan kekunci Delete untuk menghapuskan nilai di atas.Anda akan dipaparkan dengan kotak dialog Confirm Value Delete.


     

  7. Klik pada Yes untuk mengesahkan penghapusan.Kemudian cari kekunci piffile pada tetingkap kiri dan pilihlah ia.


     

  8. Pilih lsShortcut dan hapuskan ia.


     

  9. Proses yang sama berlaku seperti cara no.6 dan 7.


     

  10. Tutup Registry Editor dan restart semula computer anda.Anda akan dapati anak panah bengkok tadi telah hilang.


 

Anda tidak perlu risau kerana tiada kesan efek pada computer anda.

Sunday, August 7, 2011

Cara Membuat Slide Gambar Dalam Bentuk Video


Disini saya akan menunjukkan cara-cara membuat slide gambar dalam bentuk video.software yang saya gunakan untuk projek ini ialah Ulead DVD Movie Factory 6 Plus.Caranya simple saja jika anda dapat menguasai kemahiran ini untuk tujuan peribadi atau bisnes anda.Untuk permulaan,buka software tersebut dan seperti yang anda lihat pada gambar ,


 

Apabila software sudah dibuka,pilih Start Project dan kemudian pilih New Project disebelah kanan.Anda boleh sama ada projek anda dalam bentuk HD DVD Standard,DVD,VCD atau SVCD.Dalam projek ini,saya memilih VCD.Setelah anda membuat pilihan,klik next.


 

Dibahagian ini,ada 3 steps yang anda perlu lakukan.langkah 1 klik pada ikon untuk membuat slideshow dan laman slideshow akan muncul.Apabila laman Add Slideshow muncul,di bahagian kotak kiri anda boleh lihat kedudukan folder anda yang terdapat di komputer.Jika gambar yang anda simpan dalam folder My Pictures,klik pada folder tersebut dan gambar tersebut akan muncul di sebelah kanan.Untuk Slideshow title,anda boleh letakkan nama atau biarkan begitu saja jika anda ingin rename balik selepas projek anda selesai.

Klik pada gambar dalam folder dan klik Add Photo.Gambar tadi akan disusun pada ruang kosong sebelah bawah.


 

Apabila semua gambar yang anda pilih sudah tersusun,di sini saya ingin rekomenkan anda supaya saiz gambar yang anda pilih biarlah besar atau lebih tepat saiz wallpaper.Anda tak perlu risau kerana saiz gambar tidak terjejas apabila anda lihat hasilnya nanti.Dikotak sebelah kiri,anda pilih Transition effect iaitu bagaimana susunan gambar itu disiarkan dalam video anda nanti.Dalam projek ini,saya memilih corak Clock iaitu putaran jam.


 

Di kotak sebelah kanan adalah untuk memasukkan muzik untuk video slide anda.Klik pada simbol + dan page folder computer anda akan terbuka dan pilih muzik yang ingin dimasukkan.saya rekomenkan muzik yang anda pilih dalam format MP3.Setelah muzik dipilih,tandakan pada kotak Match slideshow duration with background music duration dan klik OK.Sekarang video slide anda sudah siap anda boleh test untuk melihat hasilnya.


 

Apabila anda berpuashati,klik pada Export Selected Clips.kotak kecil akan terbuka dan anda pilih Fast Export VCD Compliant Video.Untuk format seperti HD DVD,DVD atau SVCD,ianya berbeza dan bergantung pada format yang anda pilih.Setelah anda pilih format,laman Save Video File akan terbuka dan anda boleh save video slide anda.Apabila anda sudah save video anda,maka selesailah projek anda.