Wednesday, August 10, 2011

Menghapuskan Anak Panah Bengkok Dari Ikon Desktop

Jika anda perhatikan ikon desktop anda,ada diantaranya mempunyai anak panah bengkok di sebelah kiri bawah pada imej ikon.Terdapat satu cara untuk menghapuskan anak panah bengkok ini.

Disini ialah cara untuk melakukannya.

  1. Klik pada butang Start dan pilih Run.


     

  2. Kotak dialog Run kini dibuka.Taip regedit dalam kotak teks Open.


     

  3. Klik pada butang OK.Tetingkap Registry Editor kini di buka.


     

  4. Klik pada simbol + untuk mengembangkan kekunci HKEY_CLASSES_ROOT


     

  5. Cari kekunci lnkfile pada tetingkap kiri dan pilih ia.Pada tetingkap kanan pilih lsShortcut.


     

  6. Tekan kekunci Delete untuk menghapuskan nilai di atas.Anda akan dipaparkan dengan kotak dialog Confirm Value Delete.


     

  7. Klik pada Yes untuk mengesahkan penghapusan.Kemudian cari kekunci piffile pada tetingkap kiri dan pilihlah ia.


     

  8. Pilih lsShortcut dan hapuskan ia.


     

  9. Proses yang sama berlaku seperti cara no.6 dan 7.


     

  10. Tutup Registry Editor dan restart semula computer anda.Anda akan dapati anak panah bengkok tadi telah hilang.


 

Anda tidak perlu risau kerana tiada kesan efek pada computer anda.

No comments:

Post a Comment