Sunday, August 7, 2011

Cara Membuat Slide Gambar Dalam Bentuk Video


Disini saya akan menunjukkan cara-cara membuat slide gambar dalam bentuk video.software yang saya gunakan untuk projek ini ialah Ulead DVD Movie Factory 6 Plus.Caranya simple saja jika anda dapat menguasai kemahiran ini untuk tujuan peribadi atau bisnes anda.Untuk permulaan,buka software tersebut dan seperti yang anda lihat pada gambar ,


 

Apabila software sudah dibuka,pilih Start Project dan kemudian pilih New Project disebelah kanan.Anda boleh sama ada projek anda dalam bentuk HD DVD Standard,DVD,VCD atau SVCD.Dalam projek ini,saya memilih VCD.Setelah anda membuat pilihan,klik next.


 

Dibahagian ini,ada 3 steps yang anda perlu lakukan.langkah 1 klik pada ikon untuk membuat slideshow dan laman slideshow akan muncul.Apabila laman Add Slideshow muncul,di bahagian kotak kiri anda boleh lihat kedudukan folder anda yang terdapat di komputer.Jika gambar yang anda simpan dalam folder My Pictures,klik pada folder tersebut dan gambar tersebut akan muncul di sebelah kanan.Untuk Slideshow title,anda boleh letakkan nama atau biarkan begitu saja jika anda ingin rename balik selepas projek anda selesai.

Klik pada gambar dalam folder dan klik Add Photo.Gambar tadi akan disusun pada ruang kosong sebelah bawah.


 

Apabila semua gambar yang anda pilih sudah tersusun,di sini saya ingin rekomenkan anda supaya saiz gambar yang anda pilih biarlah besar atau lebih tepat saiz wallpaper.Anda tak perlu risau kerana saiz gambar tidak terjejas apabila anda lihat hasilnya nanti.Dikotak sebelah kiri,anda pilih Transition effect iaitu bagaimana susunan gambar itu disiarkan dalam video anda nanti.Dalam projek ini,saya memilih corak Clock iaitu putaran jam.


 

Di kotak sebelah kanan adalah untuk memasukkan muzik untuk video slide anda.Klik pada simbol + dan page folder computer anda akan terbuka dan pilih muzik yang ingin dimasukkan.saya rekomenkan muzik yang anda pilih dalam format MP3.Setelah muzik dipilih,tandakan pada kotak Match slideshow duration with background music duration dan klik OK.Sekarang video slide anda sudah siap anda boleh test untuk melihat hasilnya.


 

Apabila anda berpuashati,klik pada Export Selected Clips.kotak kecil akan terbuka dan anda pilih Fast Export VCD Compliant Video.Untuk format seperti HD DVD,DVD atau SVCD,ianya berbeza dan bergantung pada format yang anda pilih.Setelah anda pilih format,laman Save Video File akan terbuka dan anda boleh save video slide anda.Apabila anda sudah save video anda,maka selesailah projek anda.

No comments:

Post a Comment