Saturday, August 13, 2011

Asas Penjagaan Komputer


Adakah anda selalu menghadapi masalah komputer yang selalu lambat bergerak ketika online,window selalu freeze atau lambat berfungsi dalam segala kerja yang dilakukan ketika menggunakan komputer anda?Apabila ini berlaku,anda mungkin menyangkakan gangguan pada talian,gangguan dari virus atau threat yang anda tidak ketahui puncanya atau komputer anda sudah berusia .Kebanyakan dari kita apabila berlaku keadaan begini,mereka akan menghantar komputer ke kedai untuk diperiksa dan ini tentunya memerlukan wang yang sepatutnya anda tidak perlu untuk mengeluarkannya.
Sebenarnya anda sendiri boleh membaiki atau memeriksa computer anda untuk mengetahui puncanya.Sebenarnya apabila file-file yang tidak penting atau tidak digunakan lagi,tentunya anda akan masukkan file-file tersebut ke dalam Recycle Bin.Anda akan menyangka file-file tersebut akan terhapus begitu saja.Tahukah anda,file-file yang dibuang ke dalam Recycle Bin tidak terhapus sama sekali.Ianya tetap atau masih berada dalam computer anda iaitu di hard disk.Peranan Recycle Bin hanyalah menghilangkan file-file tersebut dari pandangan mata kasar kita sahaja.Ada 2 cara yang asas untuk menjaga dan memperbaiki kelemahan yang wujud pada komputer anda.2 cara ini adalah wajib bagi anda mengetahuinya untuk mejaga computer anda agar berfungsi dengan cekap,pantas dan berkesan.Selain itu peranan software pembersih registry atau registry cleaner juga boleh membantu.

Cara asas yang pertama: Disk Defragment

Untuk mencari Disk Defragment,anda klik Start,kemudian ke All Programs – Accessories – System Tools – Disk Defragment.Tab Disk Defragment akan muncul.


 

Dalam Disk Defragment ini,anda perhatikan ada 4 kotak kecil yang mewakili setiap warna.Kotak merah iaitu Fragmented Files adalah file-file yang anda buang ke dalam Recycle Bin.Kotak biru adalah file-file yang anda masih gunakan seperti file software yang anda install dalam komputer anda.Kotak hijau adalah file-file yang tidak boleh dibuang atau diubahsuai yang menyebabkan komputer anda terjejas atau berfungsi tidak betul.Kotak putih adalah ruang kosong yang masih terdapat dalam hard disk anda.Untuk memulakan proses ini,klik pada Analyze untuk mengetahui banyak mana file-file yang tidak digunakan berada dalam hard disk anda.File-file yang tidak digunakan mewakili kotak merah.Jika anda dapati warna merah terlalu banyak,maka klik Analyze dan anda akan dibertahu samada perlu atau tidak melakukan defragment.Jika anda ingin melakukanya,klik pada Defragment.Proses defragment akan bermula sehingga anda dibertahu setelah selesai.

Cara asas yang kedua:Local Disk(C)

Pada bahagian ini,anda pergi ke My Computer,pilih local disk(C) dan klik sebelah kanan.Tab local disk akan terbuka dan pilih Properties.Tab Properties akan terbuka dan anda pilih Tools.Tab Tools akan terbuka.Disini anda hanya perlu klik pada Check Now.Ini adalah proses untuk mengesan error pada hard disk anda dam memperbaiki file-file penting dalam hard disk anda.Apabila anda klik Check Now,tab Check Local Disk akan terbuka.Disini anda hanya perlu pilih satu sahaja samada Automatically fix file system errors atau Scan for and attempt recovery of bad sectors.Untuk Automatically fix file systems,ianya akan berlaku apabila anda restart semula komputer anda.Apabila anda tutup komputer anda dan buka semula,skrin biru akan terpapar dan proses fix file systems bermula.Ketika proses ini,jangan lakukan apa-apa,tunggu sehingga selesai dan komputer anda akan restart dengan sendirinya.Untuk proses ke dua iaitu scan,ianya berlaku pada masa itu juga.Ketika dalam proses,jangan lakukan apa-apa sehingga proses selesai.

No comments:

Post a Comment